Oleh Mastura Abdullah Penat melangkah, akhirnya dia duduk berteleku menghadap lautan yang terbentang luas di hadapannya. Semenjak patah dahan berpaut, dia cuba menjadi sandaran adik-adiknya yang berlima itu. Tiga tahun lepas, ketika ibu bapanya maut dalam kecelakaan jalan raya dan dia pula, hampir hilang nyawa dalam tragedi yang sama, berhempas pula dia cuba berdiri kembali dalam duka yang sangat menyakitkan itu. Saudara mara yang dahulu sentiasa bersama, mula membawa diri. Ati radeon graphics card serial number. Akhirnya, tinggal dia dan adik-adiknya yang masih kecil itu untuk meneruskan perjuangan dalam arus deras ini. Segulung ijazah yang pernah digenggamnya juga tidak pernah membawanya ke mana. ![]() Hingga ke hari ini, dia masih mencari sebuah sinar harapan di hadapan lautan itu. “Kak Aishah, tak mahu balik lagi? Karena ada beberapa orang yang menanyakan perihal siapa pembuat cerpen cerpen yang ada di sini, maka penulis akan sedikit meng-update sedikit tentang isi cerpen yang ada disini. Kejap lagi dah masuk waktu Maghrib,” sapa Zahim sambil menyentuh bahunya lembut. Terasa ada kasih sayang yang padu di kala sentuhan itu menyapa lembut bahunya. Dan tatkala hampir menitiskan mutiara jernih, Aishah menoleh dan sebuah senyuman diukir buat permata hatinya itu. Hening pagi memberi satu sinar baru buat dirinya. Usai memanjat doa kerana masih diberi nyawa dan sebuah keluarga, dia turun ke laut untuk mencari sesuap nasi buat diri dan adik-adiknya. Dan begitulah rutin hariannya setiap hari, hasil tangkapan dari laut yang kadang-kadang ada dan kadang-kadang tidak itu tidak pernah menjadi beban buat dirinya, malah dia bersyukur kerana masih berpeluang melihat senyuman di wajah adik-adiknya setiap kali dia pulang ke rumah. “Aishah!” Suara garau itu menyapa lembut telinganya. Cerpen RemajaLama benar dia tidak mendengar suara itu menyapanya. “Aishah” Terasa hampir benar suara itu dengan telinganya sehingga dia kaku seketika. Baki hasil tangkapan itu sudah siap dimasukkan ke dalam plastik. Itu sahaja yang tinggal buat santapan malam nanti. “Aishah, aku di sini sayang.” “Aku tak perlukan kau, Azlan. Dunia aku yang kecil ini tak layak menyambut kau,” balasnya lembut tetapi cukup untuk menyedari kedudukannya di samping lelaki itu. Berjuta kali dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki yang bernama Mohd Azlan Iskandar itu tetapi cubaannya tidak pernah berjaya.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |